13 Jun 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Maybank Islamic Berhad. Turut hadir wakil dari Zakat Perak Al Ridzuan .
Pertemuan ini menjadi platform strategik bagi memperkukuh kerjasama bagi kelestarian manfaat projek wakaf yang telah dirancang.
MAIPk kekal komited dalam memastikan setiap sen amanah sumbangan wakaf yang diterima dapat memberi impak sebenar kepada pembangunan ummah khususnya di Negeri Perak.















