USAHA AWAL BINA RUMAH INAP MUSAFIR

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan lawatan ke Rumah Ronald McDonald (RMHC) di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur bagi mendapatkan input berkaitan penubuhan, operasi serta konsep pengurusan rumah inap keluarga pesakit khususnya bagi kanak-kanak yang menjalani rawatan di hospital tersebut. Lawatan ini turut membuka ruang…

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN TEKNIKAL MAIPK KE ROYALE CHULAN RESORT, CHERATING

CHERATING, 23 September 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan teknikal ke Royale Chulan Resort, Cherating, Pahang. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md Salleh, bersama pegawai kanan MAIPk dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak (PSB). Ketibaan delegasi telah disambut mesra…

PERKEMBANGAN TERKINI PROJEK WAKAF DOBI LAYAN DIRI @ MMS

MAIPk melalui Wakaf Perak Al Ridzuan (WAPAR) terus melangkah ke hadapan dalam menyediakan kemudahan wakaf yang memberi manfaat kepada jemaah dan komuniti setempat. Bagi tempoh 24 hingga 26 November 2025, kemajuan kerja telah mencapai 9%, seperti: Merobohkan dinding, pintu, tingkap dan tandas. Ubah suai struktur bangunan termasuk pembinaan tapak konkrit, merata melepa dan penyempurnaan lantai.…

INISIATIF WAPAR PERKASA DAKWAH PEDALAMAN, BOT WAKAF DISERAHKAN KEPADA MUBARAK GERIK

GERIK, 10 November 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Program Wakaf Perak Al Ridzuan (WAPAR) terus memperkukuh peranan wakaf sebagai pemangkin dakwah dan pembangunan komuniti. Terbaharu, sebuah bot wakaf diserahkan kepada Kelab Kebajikan Dakwah Mubaligh dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (MUBARAK, Gerik) bagi menyokong usaha dakwah dan kebajikan di kawasan…

PENGURNIAAN WARKAH PENGHARGAAN

PENGURNIAAN WARKAH PENGHARGAAN ATAS PENYERAHAN ASET WAKAF HOTEL SERI WARISAN, TAIPING BERSEMPENA MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN, SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH Al-MAGHFUR LAH KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2025 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,…

MOH BERWAKAF: TERAS PENDIDIKAN

Wakaf Perak Al Ridzuan (WAPAR) di bawah Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menyeru seluruh umat Islam untuk bersama menyemarakkan pembangunan pendidikan melalui wakaf sebagai saham jariah berkekalan. Sumbangan anda akan menyokong projek wakaf seperti berikut: ✅ Wakaf Pembangunan Sekolah Agama Pembinaan dan penaiktarafan kemudahan asas seperti asrama, makmal sains, dewan terbuka dan bilik…

MOH BERWAKAF – TERAS AGAMA UNTUK KESEJAHTERAAN UMMAH

Wakaf Perak Al Ridzuan (WAPAR) membuka ruang amal jariah kepada orang ramai untuk menyumbang kepada pembangunan wakaf dalam bidang agama dan dapat menyantuni keperluan rohani masyarakat secara berterusan. 1. Wakaf Surau Bergerak Kemudahan surau mudah alih yang diubahsuai daripada bas bagi memberi ruang kepada orang ramai menunaikan solat ketika menghadiri program atau acara di kawasan…

MOH WAKAF – TERAS KEBAJIKAN & KEMASLAHATAN UMMAH

Wakaf Perak Al Ridzuan (WAPAR) menyeru orang ramai untuk bersama menyumbang wakaf tunai dalam merealisasikan projek-projek kebajikan yang memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat. Inisiatif Wakaf yang dilaksanakan: 1. Wakaf Mesin Layan Diri Penyediaan mesin layan diri yang menawarkan makanan, minuman dan keperluan asas secara percuma atau bersubsidi kepada pelajar IPT yang memerlukan dan dapat membantu…