

Wakaf Perak Al Ridzuan (WAPAR) di bawah Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menyeru seluruh umat Islam untuk bersama menyemarakkan pembangunan pendidikan melalui wakaf sebagai saham jariah berkekalan.
Sumbangan anda akan menyokong projek wakaf seperti berikut:
✅ Wakaf Maahad Tahfiz
Penyediaan makmal komputer dan alat bantu mengajar bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran serta memudahkan penghafalan dan pemahaman Al-Quran.
✅ Wakaf Kediaman Pelajar IPT
Pembinaan asrama pelajar yang selesa di atas tanah wakaf bagi memastikan kebajikan pelajar terus terbela sepanjang tempoh pengajian.
Setiap sumbangan adalah pelaburan akhirat yang berpanjangan.
Imbas kod QR untuk menyumbang atau layari: https://wakafperak.maipk.gov.my
SENARAI WAKAF PROJEK YANG TELAH SELESAI :


















