
Wakaf Perak Al Ridzuan (WAPAR) membuka ruang amal jariah kepada orang ramai untuk menyumbang kepada pembangunan wakaf dalam bidang agama dan dapat menyantuni keperluan rohani masyarakat secara berterusan.
1. Wakaf Pengajian Al Quran
Menyediakan kemudahan pembelajaran Al-Quran untuk warga emas secara percuma di Pusat Warga Emas (PWE) Bait Ar-Ridzuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Ia merangkumi keperluan infra, kemudahan pembelajaran dan kos tenaga pengajar dalam suasana yang selesa dan kondusif.
Sumbangan anda adalah pelaburan akhirat yang berkekalan.
Ayuh, sokong usaha dakwah dan pendidikan agama melalui wakaf tunai.
Imbas kod QR atau layari:
https://wakafperak.maipk.gov.my














