Skip to content
WAKAF PERAK
WAKAF PERAK
  • Utama
  • Info WAPAR
    • Pengenalan WAPAR
    • Struktur Organisasi
    • Perutusan KPE MAIPk
    • Galeri
      • Galeri Wakaf
      • Keratan Akhbar
      • Video WAPAR
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
    • Hubungi Kami
  • Projek WAPAR
    • Wakaf Tunai
    • Perkembangan Projek
    • Projek Selesai
  • Kaedah Bayaran
    • Kaunter Pejabat Cawangan
    • Potongan Gaji Online
    • Maybank2u
    • FPX
    • JomPAY
  • Berita
  • Bayar Wakaf
    • WAKAF TUNAI (AM)
    • WAKAF PENGAJIAN AL-QURAN
    • WAKAF KEDIAMAN PELAJAR IPT
    • WAKAF MAAHAD TAHFIZ
    • WAKAF PREMIS NIAGA
    • WAKAF RUMAH INAP
    • WAKAF GEROBOK MAKAN
    • WAKAF MESIN DOBI LAYAN DIRI
    • WAKAF PUSAT DIALISIS
  • Log Masuk
  • Eng: Eng
  • Utama
  • Info WAPAR
    • Pengenalan WAPAR
    • Struktur Organisasi
    • Perutusan KPE MAIPk
    • Galeri
      • Galeri Wakaf
      • Keratan Akhbar
      • Video WAPAR
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
    • Hubungi Kami
  • Projek WAPAR
    • Wakaf Tunai
    • Perkembangan Projek
    • Projek Selesai
  • Kaedah Bayaran
    • Kaunter Pejabat Cawangan
    • Potongan Gaji Online
    • Maybank2u
    • FPX
    • JomPAY
  • Berita
  • Log Masuk
  • Eng: Eng

PERKEMBANGAN PROJEK WAKAF BANGUNAN KEDIAMAN PELAJAR DI KUALA KANGSAR

You are here:
  1. Home
  2. PERKEMBANGAN PROJEK WAKAF BANGUNAN KEDIAMAN…

Perkembangan Projek Wakaf Bangunan Kediaman Pelajar  Di Kuala Kangsar

Pada tahun 1999 Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menubuhkan sebuah institusi pendidikan yang diberi nama, Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR). Dalam tempoh 1999 sehingga 2016, KISDAR telah menyaksikan perkembangan pesat dan mengalami beberapa perubahan entity sesuai dengan peredaran masa. Mutakkhir, KISDAR telah dinaiktaraf menjadi universiti penuh berkuatkuasa 10 Jun 2016 dan dikenali sebagai Universiti Sultan Azlan Shah

 

Pada awal penubuhannya, USAS beroperasi di atas sebidang tanah milik MAIPk di Ipoh. Selepas beberapa tahun, operasi USAS berpindah ke tapak kampus yang tersendiri di Kuala Kangsar. Walau bagaimanapun, antara isu utama yang dihadapi USAS sehingga kini adalah penempatan dan penginapan pelajar-pelajarnya yang tidak setara dengan pertambahan bilangan pelajar. Jumlah penempatan sedia ada hanya mampu menampung seramai 1500 orang pelajar. Kebanyakan pelajar USAS berasal dari luar daerah Kuala Kangsar dan luar negeri Perak menyebabkan mereka terpaksa menyewa di luar kampus dengan kadar sewa yang tinggi.

 

Persidangan Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak Kali Ke-193 pada 18 Disember 2015 telah bersetuju menubuhkan dana wakaf yang dinamakan sebagai ”Waqaf Perak Al Ridzuan” (WAPAR). Selain itu, Persidangan tersebut turut meluluskan beberapa projek yang akan dilaksanakan di bawah WAPAR seperti Program Mumtaz, Pembinaan Waqf Business Centre (WBC), Pembinaan Pusat Hemodialisis, Wakaf Perkembangan Ilmu Al-Quran, Wakaf Bot, skim Wakaf Tunai dan Wakaf Pembinaan Bangunan Kediaman Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

 

MAIPk berpandangan terdapat kewajaran untuk menjadikan Wakaf Pembinaan Bangunan Kediaman Pelajar USAS sebagai satu projek di bawah WAPAR berikutan keperluan mendesak untuk penempatan pelajar – pelajar USAS yang kini berjumlah lebih 4000 orang. WAPAR mengambil inisiatif untuk menampung kekurangan tersebut dengan membina dua blok (75 unit) bangunan Apartmen 5 tingkat yang mampu menampung seramai 720 pelajar dalam satu-satu masa. Bangunan asrama tersebut dibina bersebelahan dengan kampus utama USAS dan dibangunkan dengan kemudahan serta persekitaran pembelajaran yang selesa selain membantu meringankan beban perbelanjaan pelajar kerana kadar sewaan yang berpatutan.

 

Projek Pembinaan Bangunan Kediaman Pelajar USAS ini dibina di atas Lot 14120 Mukim Sayung, Daerah Kuala Kangsar dan kerja-kerja pembinaan telah mula dijalankan pada bulan Mac 2016 oleh Sri Kancil Development Sdn. Bhd. Kos projek menelan belanja sebanyak RM15 juta dibiayai melalui dana wakaf di bawah WAPAR. Setakat ini penyumbang terbesar projek berkenaan adalah Maybank Islamic dengan jumlah sumbangan sebanyak RM5 juta.

 

Sehingga Jun 2017, kemajuan projek telah mencapai 90% dan bangunan ini dijangka siap sepenuhnya pada September 2017.Projek fasa pertama telah disiapkan pada tahun 2018 iaitu dua blok bangunan di USAS, K.Kangsar dengan kos pelbagai sumber berjumlah RM17 juta. Ia telah memberi manfaat kepada 800 orang mahasiswa di USAS.Projek fasa kedua akan dibangunkan beberapa asrama kluster dan rumah sewa yang akan memberi tumpuan mahasiswa-mahasiswa di sekitar Ipoh. Ia termasuklah UniKL, PUO, KPTM Dan lain-lain. Sehingga kini, MAIPk masih lagi memerlukan sokongan kutipan dana wakaf tersebut bagi merealisasikan hasrat murni ini. Anggaran Mahasiswa yang akan menerima manfaat di sekitar Ipoh sebanyak 300 – 500 orang.

OKTOBER 2017

OGOS 2017

MAC 2017

FEBRUARI 2017

OGOS 2016

APRIL 2016

Disember 25, 2017

Artikel yang Berkaitan

MOH WAKAF – TERAS KEBAJIKAN & KEMASLAHATAN UMMAH
Disember 16, 2025
PROJEK-PROJEK WAKAF PERAK AL RIDZUAN
Oktober 11, 2025
MOH BERWAKAF: TERAS PENDIDIKAN
Oktober 10, 2025

Pautan

maipk
zapar
islam
jawhar
jaipk
muftiperak
perakgov
peip
ywm
maipk
zapar
islam
jawhar
jaipk
muftiperak
perakgov
peip
ywm
Tentang Kami
  • Pengenalan WAPAR
  • Struktur Organisasi
  • Perutusan KPE MAIPk
  • Perkembangan Projek
  • Wakaf Tunai
Pembayaran
  • Kaunter Pejabat Cawangan
  • Potongan Gaji Online
  • Maybank2u
  • FPX
  • JomPAY
Berita
  • Berita
  • Galeri Wakaf
  • Keratan Akhbar
  • Video
Maklumat Untuk Dihubungi
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak
  • korporat@maipk.gov.my
  • +605-2084000
Copyright © 2025 WAPAR - All rights reserved.