Maklumat yang diberikan oleh penyumbang adalah sulit dan persendirian. Maklumat ini tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga kecuali kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang berkenaan atau sepertimana yang dikehendaki undang-undang. Walau bagaimanapun, Seketariat myWakaf boleh menghubungi penyumbang menerusi maklumat yang diberikan bagi tujuan mempromosi aktiviti – aktiviti myWakaf.
Semua maklumat yang diberikan oleh penyumbang akan dianggap sebagai maklumat yang dimiliki myWakaf.
Sumbangan yang diberikan akan menjadi manfaat tunggal kepada projek yang disenaraikan dan tiada keuntungan akan diberi kepada penyumbang.
Jumlah minima untuk berwakaf adalah RM10.00 dan jumlah maksima untuk berwakaf adalah RM30,000.00 untuk setiap transaksi melalui laman web myWakaf.
Caj perkhidmatan sebanyak RM0.50 akan dikenakan ke akaun penyumbang untuk setiap transaksi yang dibuat melalui laman web myWakaf. Caj perkidmatan adalah caj yang dikenakan oleh PayNet dan myWakaf tidak mengambil sebarang keuntungan daripada sumbangan tersebut.