Skip to content
WAKAF PERAK
WAKAF PERAK
  • Utama
  • Info WAPAR
    • Pengenalan WAPAR
    • Struktur Organisasi
    • Perutusan KPE MAIPk
    • Galeri
      • Galeri Wakaf
      • Keratan Akhbar
      • Video WAPAR
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
    • Hubungi Kami
  • Projek WAPAR
    • Wakaf Tunai
    • Perkembangan Projek
    • Projek Selesai
  • Kaedah Bayaran
    • Kaunter Pejabat Cawangan
    • Potongan Gaji Online
    • Maybank2u
    • FPX
    • JomPAY
  • Berita
  • Bayar Wakaf
    • WAKAF TUNAI (AM)
    • WAKAF PENGAJIAN AL-QURAN
    • WAKAF KEDIAMAN PELAJAR IPT
    • WAKAF MAAHAD TAHFIZ
    • WAKAF PREMIS NIAGA
    • WAKAF RUMAH INAP
    • WAKAF GEROBOK MAKAN
    • WAKAF MESIN DOBI LAYAN DIRI
    • WAKAF PUSAT DIALISIS
  • Log Masuk
  • Eng: Eng
  • Utama
  • Info WAPAR
    • Pengenalan WAPAR
    • Struktur Organisasi
    • Perutusan KPE MAIPk
    • Galeri
      • Galeri Wakaf
      • Keratan Akhbar
      • Video WAPAR
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
    • Hubungi Kami
  • Projek WAPAR
    • Wakaf Tunai
    • Perkembangan Projek
    • Projek Selesai
  • Kaedah Bayaran
    • Kaunter Pejabat Cawangan
    • Potongan Gaji Online
    • Maybank2u
    • FPX
    • JomPAY
  • Berita
  • Log Masuk
  • Eng: Eng

Program Wakaf Pembangunan Dan Perkembangan Ilmu Al-Quran Untuk Kumpulan Mubaligh Negeri Perak

You are here:
  1. Home
  2. Berita
  3. Program Wakaf Pembangunan Dan Perkembangan…

IPOH, 16 Oktober 2016 (Ahad) – Seramai 43 orang Mubaligh dan penggerak Negeri Perak telah menyertai Kursus Latihan Tenaga Pengajar Ilmu Al-Quran dengan menggunakan kaedah Abahata Al-Jabari. Program ini merupakan salah satu daripada projek Wakaf Perak Al Ridzuan (WAPAR) yang telah dilancarkan pada 7 April 2016. Kursus tersebut telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 15  sehingga 16 Oktober 2016 di Institut Latihan Pegawai Awam (ILPA),Ipoh.

Program perintis ini telah dijayakan bersama-sama di antara Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ) serta Jabatan Agama Islam Perak(JAIPK). Melalui program ini, para mubaligh yang telah menjalani kursus akan  dihantar untuk membantu saudara baru dan orang asli Islam membaca Al-Quran dengan menggunakan kaedah pembelajaran Al-Quran yang pantas dan mudah. Kaedah ini bermatlamat membasmi masalah buta huruf Al-Quran dan pemantapan asas bacaan Al-Quran.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari ini,telah diisi dengan pengisian-pengisian yang menarik dan tersusun. Antaranya pengenalan kaedah membaca al-Quran Abahata,slot Tahsinul Qiraat yang dikendalikan oleh Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa serta slot ‘micro teaching’.

Wakaf Pembangunan dan Perkembangan Ilmu Al-Quran adalah satu inisiatif pihak MAIPk untuk menyebar luas ilmu Al-Quran dalam kehidupan ummah melalui pembelajaran, pengajian, pemahaman, penghayatan dan pengaplikasian ilmu Al-Quran tanpa mengira sempadan usia serta taraf kehidupan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ybhg. Dr Amiruddin bin Muhamed,Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk.Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa IPAQ Dr. Tajuddin Jali,pegawai-pegawai MAIPK DAN JAIPK.

Oktober 16, 2016

Artikel yang Berkaitan

PROJEK WAKAF DOBI LAYAN DIRI MASJID MUHIBBUDDIN SHAH SIAP SEPENUHNYA
Mac 5, 2026
WAKAF PENGAJIAN AL-QURAN, SAHAM JARIAH SEPANJANG ZAMAN
Mac 2, 2026
MOH BERWAKAF DI BULAN RAMADAN
Februari 28, 2026

Pautan

maipk
zapar
islam
jawhar
jaipk
muftiperak
perakgov
peip
ywm
maipk
zapar
islam
jawhar
jaipk
muftiperak
perakgov
peip
ywm
Tentang Kami
  • Pengenalan WAPAR
  • Struktur Organisasi
  • Perutusan KPE MAIPk
  • Perkembangan Projek
  • Wakaf Tunai
Pembayaran
  • Kaunter Pejabat Cawangan
  • Potongan Gaji Online
  • Maybank2u
  • FPX
  • JomPAY
Berita
  • Berita
  • Galeri Wakaf
  • Keratan Akhbar
  • Video
Maklumat Untuk Dihubungi
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak
  • korporat@maipk.gov.my
  • +605-2084000
Copyright © 2025 WAPAR - All rights reserved.