PROJEK RENOVASI MUALAF CENTRE

Category:

Description

Terdapat dikalangan saudara baru yang mengalami ujian berat selepas memeluk agama Islam seperti kekurangan kemudahan asas seperti tempat tinggal kerana disisih oleh ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.

 

Latarbelakang Projek

Pusat transit mualaf ini akan menjadi tempat persinggahan sementara bagi saudara baru yang bermasalah.

 

Mekanisma/Pengurusan Projek

Pusat transit mualaf ini akan dikendali oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

 

Kesan Projek

Mualaf Centre adalah tapak permulaan bagi menyediakan saudara baru ke alam kehidupan berdikari, lantas memberi kekuatan untuk istiqomah dalam Islam kerana sedar Islam menjaga kebajikan umatnya dan ada saudara seagama yang sedia membantu.