CARA MEMBAYAR WAKAF MENGGUNAKAN FPX

Terdapat dua cara untuk membayar wakaf menggunakan FPX iaitu secara berdaftar menggunakan Portal WAPAR (Wakaf Perak Al Ridzuan) atau membayar menggunakan butang Bayar Wakaf didalam Portal WAPAR.
Berdaftar menggunakan Portal Wakaf Perak Al Ridzuan :
Berdaftar menggunakan Portal Wakaf Perak Al Ridzuan :

1. Klik pada butang Daftar/Log Masuk di paparan utama portal seperti rajah dibawah :

2. Setelah itu anda akan dibawa ke paparan Sistem WAPAR seperti dibawah :

3. Untuk mendaftar sebagai pewakaf, klik butang Daftar/Log Masuk Pewakaf, anda akan dibawa ke paparan log masuk pewakaf seperti rajah dibawah, klik pautan Daftar Sebagai Pewakaf.

4. Paparan Pendaftaran Berjaya akan dipaparkan, seterusnya anda akan dibawa kepaparan log masuk pewakaf, sila masukkan ID Pengguna dan Katalaluan anda dan klik butang Log Masuk.

5. Paparan Pendaftaran Berjaya akan dipaparkan, seterusnya anda akan dibawa kepaparan log masuk pewakaf, sila masukkan ID Pengguna dan Katalaluan anda dan klik butang Log Masuk.

6. Paparan profil seperti rajah dibawah akan dipaparkan setelah berjaya log masuk ke dalam sistem.

7. Untuk membayar wakaf, klik butang Bayar Wakaf, satu paparan bayar wakaf akan dipaparkan, lengkapkan semua maklumat tentang pembayaran wakaf seperti jenis wakaf, jumlah, jenis pemilik dan nama pemilik, sila tandakan Pengesahan Wakaf dan mengisi Frasa Sekuriti seterusnya klik butang Bayar Dana Wakaf.

8. Pop-up Notifikasi Pembayaran Secara Online akan dipaparkan, klik butang Proses Bayaran Wakaf Perak Al Ridzuan.

9. Pop-up Pengesahan Pembayaran Melalui FPX akan dipaparkan, klik butang Bayar Wakaf Melalui FPX.

10. Setelah itu, paparan pilihan bank akan dipaparkan, sila pilih bank pilihan anda dan klik butang Agree and Continue, setelah itu anda akan dibawa ke paparan bank pilihan anda, sila masukkan id dan katalaluan anda untuk meneruskan pembayaran wakaf sehingga selesai.

11. Setelah selesai, paparan Payment Details akan dipaparkan, klik butang Click Here to Complete Your Transaction.

12. Setelah selesai, paparan Maklumat Transaksi FPX akan dipaparkan, klik butang Seterusnya.

13. Setelah itu, paparan Senarai Bayaran Wakaf akan dipaparakan untuk tujuan rujukan anda.

Tidak Berdaftar / menggunakan butang Bayar Wakaf pada Portal Wakaf Perak Al Ridzuan :
1. Pada paparan utama Portal WAPAR terdapat satu butang Bayar Wakaf di setiap Projek Wakaf yang dipaparkan.
2. Sila pilih projek yang hendak disumbang dan klik butang Bayar Wakaf.

3. Setelah itu, paparan Pembayaran Wakaf Perak Al Ridzuan akan dipaparakan, sila isi semua ruangan yang disediakan dan klik butang Bayar Wakaf Perak Al Ridzuan.
(Nota : Jika anda pernah mendaftar di dalam sistem, anda hanya perlu mengisi ruangan No. Kad Pengenalan sahaja dan semua maklumat anda akan dipaparkan secara automatik)

4. Pop-up Pembayaran Wakaf Perak Al Ridzuan akan dipaparkan, sila masukkan jumlah yang ingin diwakafkan dan klik butang Proses Bayaran Wakaf.

5. Pop-up Pengesahan Pembayaran Melalui FPX akan dipaparkan, klik butang Bayar Wakaf Melalui FPX.

6. Setelah itu, paparan pilihan bank akan dipaparkan, sila pilih bank pilihan anda dan klik butang Agree and Continue, setelah itu anda akan dibawa ke paparan bank pilihan anda, sila masukkan id dan katalaluan anda untuk meneruskan pembayaran wakaf sehingga selesai.

7. Setelah selesai, paparan Payment Details akan dipaparkan, klik butang Click Here to Complete Your Transaction.

8. Setelah selesai, paparan Maklumat Transaksi FPX akan dipaparkan, klik butang Seterusnya.