Skip to content
WAKAF PERAK
WAKAF PERAK
  • Utama
  • Info WAPAR
    • Pengenalan WAPAR
    • Struktur Organisasi
    • Perutusan KPE MAIPk
    • Galeri
      • Galeri Wakaf
      • Keratan Akhbar
      • Video WAPAR
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
    • Hubungi Kami
  • Projek WAPAR
    • Wakaf Tunai
    • Perkembangan Projek
    • Projek Selesai
  • Kaedah Bayaran
    • Kaunter Pejabat Cawangan
    • Potongan Gaji Online
    • Maybank2u
    • FPX
    • JomPAY
  • Berita
  • Bayar Wakaf
    • WAKAF TUNAI (AM)
    • WAKAF PENGAJIAN AL-QURAN
    • WAKAF KEDIAMAN PELAJAR IPT
    • WAKAF MAAHAD TAHFIZ
    • WAKAF PREMIS NIAGA
    • WAKAF RUMAH INAP
    • WAKAF GEROBOK MAKAN
    • WAKAF MESIN DOBI LAYAN DIRI
    • WAKAF PUSAT DIALISIS
  • Log Masuk
  • Eng: Eng
  • Utama
  • Info WAPAR
    • Pengenalan WAPAR
    • Struktur Organisasi
    • Perutusan KPE MAIPk
    • Galeri
      • Galeri Wakaf
      • Keratan Akhbar
      • Video WAPAR
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
    • Hubungi Kami
  • Projek WAPAR
    • Wakaf Tunai
    • Perkembangan Projek
    • Projek Selesai
  • Kaedah Bayaran
    • Kaunter Pejabat Cawangan
    • Potongan Gaji Online
    • Maybank2u
    • FPX
    • JomPAY
  • Berita
  • Log Masuk
  • Eng: Eng

PENGURNIAAN WARKAH PENGHARGAAN

You are here:
  1. Home
  2. Complete Project
  3. PENGURNIAAN WARKAH PENGHARGAAN

PENGURNIAAN WARKAH PENGHARGAAN ATAS PENYERAHAN ASET WAKAF HOTEL SERI WARISAN, TAIPING BERSEMPENA MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN, SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH Al-MAGHFUR LAH

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2025 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur Lah telah berkenan mencemar duli mengurniakan Warkah Penghargaan kepada Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR) yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs. En. Haiorolanuar bin Mohamad. Pengurniaan ini sebagai tanda penghargaan di atas komitmen pembinaan dan penyerahan Hotel Seri Warisan (Hotel Wakaf Taiping) Fasa 2, Taiping di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Azlan Muzzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh.

Dalam warkah tersebut, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan menzahirkan penghargaan atas sokongan serta sumbangan JAWHAR dalam memperkasakan institusi wakaf di negeri Perak melalui pembangunan dua blok hotel wakaf menggunakan dana Rancangan Malaysia berjumlah RM42 juta. Projek ini menjadi pemangkin dan dorongan kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk terus berusaha mengoptimumkan pengurusan aset wakaf agar lebih berkesan, berdaya maju dan lestari.

Semoga kerjasama erat antara JAWHAR dan MAIPk akan terus memperkukuh potensi dan memperluas sumbangan wakaf di negara ini, khususnya di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Menjunjung kasih, Tuanku !

Oktober 22, 2025

Artikel yang Berkaitan

INISIATIF WAPAR PERKASA DAKWAH PEDALAMAN, BOT WAKAF DISERAHKAN KEPADA MUBARAK GERIK
November 10, 2025

Pautan

maipk
zapar
islam
jawhar
jaipk
muftiperak
perakgov
peip
ywm
maipk
zapar
islam
jawhar
jaipk
muftiperak
perakgov
peip
ywm
Tentang Kami
  • Pengenalan WAPAR
  • Struktur Organisasi
  • Perutusan KPE MAIPk
  • Perkembangan Projek
  • Wakaf Tunai
Pembayaran
  • Kaunter Pejabat Cawangan
  • Potongan Gaji Online
  • Maybank2u
  • FPX
  • JomPAY
Berita
  • Berita
  • Galeri Wakaf
  • Keratan Akhbar
  • Video
Maklumat Untuk Dihubungi
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak
  • korporat@maipk.gov.my
  • +605-2084000
Copyright © 2025 WAPAR - All rights reserved.