a. Bahasa:
Berhenti, Menahan, Menghalang
b. Istilah / Syara’:
Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan niat mendekatkan diri pewakaf kepada Allah SWT..
1. Baligh
2. Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya
3. Harta yang hendak diwakafkan hendaklah dimiliki penuh oleh Pewakaf
4. Berwakaf atas kerelaan sendiri tanpa ada paksaan dari sesiapa
Hukum Wakaf Tunai adalah DIBOLEHKAN (harus).

 

(Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu – Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam).
Untuk memajukan sosio-ekonomi ummah amnya dan juga dapat mengeratkan ukhuwwah wujudnya sifat berwakaf dan saling membantu sesama Islam.
Tidak. Pewakaf boleh memilih mana-mana projek yang ingin dibangunkan oleh MAIPk lebih dari satu.
Wakaf adalah satu bentuk transaksi harta yang dapat memberi faedah dan manfaat bukan saja kepada diri pewakaf, malah penerimanya, masyarakat Islam keseluruhan dan pihak pemerintah sendiri turut mendapat kebaikannya. Dalam hubungan ini, pewakaf memperoleh pahala sedekah jariah, penerimanya dan masyarakat dapat menikmati manfaat harta yang diwakafkan selain ia meringankan bebanan kewangan kerajaan dalam menyediakan bantuan serta kemudahan untuk masyarakat.
Anda juga boleh berwakaf untuk sesiapa sahaja yang anda kehendaki samada untuk yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.