Skip to content
WAKAF PERAK
WAKAF PERAK
  • Utama
  • Info WAPAR
    • Pengenalan WAPAR
    • Struktur Organisasi
    • Perutusan KPE MAIPk
    • Galeri
      • Galeri Wakaf
      • Keratan Akhbar
      • Video WAPAR
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
    • Hubungi Kami
  • Projek WAPAR
    • Wakaf Tunai
    • Perkembangan Projek
    • Projek Selesai
  • Kaedah Bayaran
    • Kaunter Pejabat Cawangan
    • Potongan Gaji Online
    • Maybank2u
    • FPX
    • JomPAY
  • Berita
  • Bayar Wakaf
    • WAKAF TUNAI (AM)
    • WAKAF PENGAJIAN AL-QURAN
    • WAKAF KEDIAMAN PELAJAR IPT
    • WAKAF MAAHAD TAHFIZ
    • WAKAF PREMIS NIAGA
    • WAKAF RUMAH INAP
    • WAKAF GEROBOK MAKAN
    • WAKAF MESIN DOBI LAYAN DIRI
    • WAKAF PUSAT DIALISIS
  • Log Masuk
  • Eng: Eng
  • Utama
  • Info WAPAR
    • Pengenalan WAPAR
    • Struktur Organisasi
    • Perutusan KPE MAIPk
    • Galeri
      • Galeri Wakaf
      • Keratan Akhbar
      • Video WAPAR
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
    • Hubungi Kami
  • Projek WAPAR
    • Wakaf Tunai
    • Perkembangan Projek
    • Projek Selesai
  • Kaedah Bayaran
    • Kaunter Pejabat Cawangan
    • Potongan Gaji Online
    • Maybank2u
    • FPX
    • JomPAY
  • Berita
  • Log Masuk
  • Eng: Eng

Majlis Pelancaran Waqaf Perak Ar-Ridzuan

You are here:
  1. Home
  2. Berita
  3. Majlis Pelancaran Waqaf Perak Ar-Ridzuan

IPOH, 07 April 2016: Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan Majlis Pelancaran Waqaf Perak Ar-Ridzuan di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Majlis yang dianjurkan oleh MAIPk ini disempurnakan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Majlis ini turut dihadiri Menteri Besar Perak, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, serta agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Pelancaran Waqaf Perak Ar-Ridzuan (WAPAR) merupakan satu penjenamaan sistem pentadbiran wakaf yang bersifat lebih holistik yang seiring dengan pewujudan Enakmen Wakaf (Perak) 2015 yang berkuatkuasa mulai 15 Februari 2016. Melalui Enakmen ini pentadbiran wakaf di Negeri Perak yang ditadbir MAIPk mempunyai kuasa yang lebih jelas dan menyeluruh di dalam mentadbir dana wakaf. Dengan yang demikian, pelbagai kaedah dan instrumen wakaf kini boleh dilaksanakan oleh MAIPk menurut undang-undang berkenaan.

Dalam acara pelancaran pagi ini sebanyak RM10.8 juta telah disumbangkan oleh pewakaf. Ianya terdiri daripada sumbangan oleh kesemua Ahli Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak sebanyak RM33,500.00.

Kerajaan Negeri juga turut memberikan sokongan padu melalui penyerahan sumbangan wakaf oleh perbadanan-perbadanan Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Menteri Besar Perak, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Kerajaan Negeri Perak, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dan juga Lembaga Air Perak dengan jumlah sebanyak RM500,000.00 (RM100,000.00 bagi setiap Perbadanan).

Tidak ketinggalan pewakaf-pewakaf dari sektor korporat seperti Maybank Islamic yang bermurah hati menyumbangkan secara terus sebanyak RM5 juta bagi dana Pembangunan Asrama Pelajar di Kolej Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar. Sebagai tambahan, pihak Maybank Islamic juga bersetuju untuk menyumbangkan dana wakaf sebanyak RM5 juta lagi sebagai ‘matching grant’, di mana bagi setiap ringgit yang disumbangkan oleh pewakaf melalui saluran Maybank2U, maka pihak Maybank akan mewakafkan pada nilai yang sama untuk Wakaf Perak Ar-Ridzuan.

Pihak UDA Holdings (RM20,000.00) dan Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak (RM19,315.00) dan individu perseorangan (RM300,000.00) juga turut menyumbang pada Majlis Pelancaran Dana Wakaf Perak Ar-Ridzuan.

April 7, 2016

Artikel yang Berkaitan

PROJEK WAKAF DOBI LAYAN DIRI MASJID MUHIBBUDDIN SHAH SIAP SEPENUHNYA
Mac 5, 2026
WAKAF PENGAJIAN AL-QURAN, SAHAM JARIAH SEPANJANG ZAMAN
Mac 2, 2026
MOH BERWAKAF DI BULAN RAMADAN
Februari 28, 2026

Pautan

maipk
zapar
islam
jawhar
jaipk
muftiperak
perakgov
peip
ywm
maipk
zapar
islam
jawhar
jaipk
muftiperak
perakgov
peip
ywm
Tentang Kami
  • Pengenalan WAPAR
  • Struktur Organisasi
  • Perutusan KPE MAIPk
  • Perkembangan Projek
  • Wakaf Tunai
Pembayaran
  • Kaunter Pejabat Cawangan
  • Potongan Gaji Online
  • Maybank2u
  • FPX
  • JomPAY
Berita
  • Berita
  • Galeri Wakaf
  • Keratan Akhbar
  • Video
Maklumat Untuk Dihubungi
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak
  • korporat@maipk.gov.my
  • +605-2084000
Copyright © 2025 WAPAR - All rights reserved.