Skip to content
WAKAF PERAK
WAKAF PERAK
  • Utama
  • Info WAPAR
    • Pengenalan WAPAR
    • Struktur Organisasi
    • Perutusan KPE MAIPk
    • Galeri
      • Galeri Wakaf
      • Keratan Akhbar
      • Video WAPAR
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
    • Hubungi Kami
  • Projek WAPAR
    • Wakaf Tunai
    • Perkembangan Projek
    • Projek Selesai
  • Kaedah Bayaran
    • Kaunter Pejabat Cawangan
    • Potongan Gaji Online
    • Maybank2u
    • FPX
    • JomPAY
  • Berita
  • Bayar Wakaf
    • WAKAF TUNAI (AM)
    • WAKAF PENGAJIAN AL-QURAN
    • WAKAF KEDIAMAN PELAJAR IPT
    • WAKAF MAAHAD TAHFIZ
    • WAKAF PREMIS NIAGA
    • WAKAF RUMAH INAP
    • WAKAF GEROBOK MAKAN
    • WAKAF MESIN DOBI LAYAN DIRI
    • WAKAF PUSAT DIALISIS
  • Log Masuk
  • Eng: Eng
  • Utama
  • Info WAPAR
    • Pengenalan WAPAR
    • Struktur Organisasi
    • Perutusan KPE MAIPk
    • Galeri
      • Galeri Wakaf
      • Keratan Akhbar
      • Video WAPAR
      • Muat Turun
    • Soalan Lazim
    • Hubungi Kami
  • Projek WAPAR
    • Wakaf Tunai
    • Perkembangan Projek
    • Projek Selesai
  • Kaedah Bayaran
    • Kaunter Pejabat Cawangan
    • Potongan Gaji Online
    • Maybank2u
    • FPX
    • JomPAY
  • Berita
  • Log Masuk
  • Eng: Eng

INISIATIF WAPAR PERKASA DAKWAH PEDALAMAN, BOT WAKAF DISERAHKAN KEPADA MUBARAK GERIK

You are here:
  1. Home
  2. Complete Project
  3. INISIATIF WAPAR PERKASA DAKWAH PEDALAMAN,…

GERIK, 10 November 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Program Wakaf Perak Al Ridzuan (WAPAR) terus memperkukuh peranan wakaf sebagai pemangkin dakwah dan pembangunan komuniti. Terbaharu, sebuah bot wakaf diserahkan kepada Kelab Kebajikan Dakwah Mubaligh dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (MUBARAK, Gerik) bagi menyokong usaha dakwah dan kebajikan di kawasan pedalaman.

Majlis penyerahan yang berlangsung di Jeti Pengkalan Trojan, Gerik disempurnakan oleh Pengurus Besar Bahagian Wakaf MAIPk, Norfazilah binti Bawadi, dengan kehadiran wakil daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Kelab MUBARAK, Gerik. Turut hadir Pegawai Tadbir Agama Daerah Gerik, Tuan Haji Joshuade Reza bin Mohd Zaini, dan Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli merangkap Pengerusi Kelab MUBARAK Gerik, Tuan Haji Zahari bin Wateh.

Bot wakaf yang dibina oleh UniKL MIMET, Lumut dengan kos RM160,876.20 ini berperanan membantu mubaligh dan komuniti luar bandar menjalankan aktiviti dakwah. Inisiatif ini turut menyokong hasrat WAPAR memperkasa kesejahteraan sosial umat Islam melalui manfaat aset wakaf.

MAIPk komited memastikan setiap aset wakaf dapat dioptimumkan demi manfaat ummah di Negeri Perak. Langkah ini bukan sahaja memperkasa peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan holistik, malah memperlihatkan semangat keprihatinan MAIPk terhadap masyarakat pedalaman dan muallaf di Negeri Perak.

 

November 10, 2025

Artikel yang Berkaitan

PENGURNIAAN WARKAH PENGHARGAAN
Oktober 22, 2025

Pautan

maipk
zapar
islam
jawhar
jaipk
muftiperak
perakgov
peip
ywm
maipk
zapar
islam
jawhar
jaipk
muftiperak
perakgov
peip
ywm
Tentang Kami
  • Pengenalan WAPAR
  • Struktur Organisasi
  • Perutusan KPE MAIPk
  • Perkembangan Projek
  • Wakaf Tunai
Pembayaran
  • Kaunter Pejabat Cawangan
  • Potongan Gaji Online
  • Maybank2u
  • FPX
  • JomPAY
Berita
  • Berita
  • Galeri Wakaf
  • Keratan Akhbar
  • Video
Maklumat Untuk Dihubungi
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak
  • korporat@maipk.gov.my
  • +605-2084000
Copyright © 2025 WAPAR - All rights reserved.