Persidangan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Kali Ke-193 pada 18 Disember 2015 telah bersetuju menubuhkan dana wakaf yang dinamakan sebagai “Wakaf Perak Al Ridzuan” serta menetapkan beberapa projek yang akan dilaksanakan.Kutipan dana Wakaf Perak Al Ridzuan akan memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa sumbangan wakaf akan digunakan mengikut niat pewakaf untuk membiayai projek wakaf yang dipilih oleh pewakaf.
Visi
Menjadi Institusi Wakaf Yang Unggul dan Berintegriti Berlandaskan Kepada Al-Quran dan As- Sunnah
Misi
Memperkasakan Institusi Wakaf Demi Kelestarian Aset Wakaf Serta Kesejahteraan Dan Kemajuan Ummah


Warna emas melambangkan bahawa nilai wakaf yang disumbangkan itu kekal sepanjang zaman dan mampu memberikan nilai yang tinggi kepada penyumbang.

Menandakan usaha yang berterusan serta istiqamah pihak MAIPk dalam menjayakan amanah yang diberikan oleh ummah tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan kekal di tengah paksi yang berlandaskan syariat.

Tulisan ini diletakkan dibawah dengan maksud semua hasil yang diterima melalui WAKAF akan dinikmati oleh seluruh rakyat Negeri Perak.

Nilai kesenian Islam yang kontemporari menunjukkan bahawa WAQAF kekal relevan mengikut perubahan zaman. 7 titik warna hitam pada ejaan PERAK membawa maksud projek- projek wakaf yang dijalankan. 3 titik warna kuning melambangkan Institusi Diraja yang memayungi seluruh rakyat negeri Perak yang dipimpin oleh Sultan, Raja Muda dan Raja Dihilir.











