CARA MEMBAYAR WAKAF MELALUI POTONGAN GAJI

Bayaran wakaf boleh dibuat melalui potongan gaji setiap bulan dengan mendaftar potongan gaji secara atas talian di Portal Wakaf Perak Al Ridzuan.

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar bagi potongan gaji :

1. Klik pada butang Daftar/Log Masuk di paparan utama portal seperti rajah dibawah :

2. Setelah itu anda akan dibawa ke paparan Sistem WAPAR seperti dibawah :

3. Untuk mendaftar sebagai pewakaf, klik butang Daftar/Log Masuk Pewakaf, anda akan dibawa ke paparan log masuk pewakaf seperti rajah dibawah, klik pautan Daftar Sebagai Pewakaf.

4. Paparan Pendaftaran Berjaya akan dipaparkan, seterusnya anda akan dibawa kepaparan log masuk pewakaf, sila masukkan ID Pengguna dan Katalaluan anda dan klik butang Log Masuk.

5. Paparan Pendaftaran Berjaya akan dipaparkan, seterusnya anda akan dibawa kepaparan log masuk pewakaf, sila masukkan ID Pengguna dan Katalaluan anda dan klik butang Log Masuk.

6. Paparan profil seperti rajah dibawah akan dipaparkan setelah berjaya log masuk ke dalam sistem. Untuk mendaftar potongan gaji, klik tab Maklumat Potong Gaji.

7. Sekiranya belum pernah membuat pendaftaran potongan gaji, paparan berikut akan dipaparkan. Sila klik pautan “klik” untuk meneruskan proses pendaftaran potongan gaji.

8. Borang pendaftaran gaji akan dipaparkan. Sila klik butang Carian Majikan untuk membuat carian majikan.

9. Senarai Majikan akan dipaparkan. Sila pilih majikan dengan menandakan pada kotak di sebelah nama majikan dan tekan butang Pilih Majikan. Butang tersebut berada di hujung senarai.

10. Setelah itu, maklumat majikan akan terisi di ruang yang disediakan secara automatik. Sila lengkapkan maklumat Jawatan, Jumlah Potongan serta Mula Potongan dan klik butang Daftar PG Wakaf bagi menghantar maklumat pendaftaran.

11. Sekiranya pendaftaran berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan. Tutup paparan tersebut dan sila “refresh” pelayar.

12. Setelah itu, klik tab Maklumat Potong Gaji. Paparan berikut akan dipaparkan.