Wakaf Bot

Description

Wakaf Bot Membantu nelayan bebaskan diri dari belenggu kemiskinan tegar

Pernyataan permasalahan

Terdapat seramai 8000 orang nelayan yang berdaftar di negeri Perak dan majoritinya adalah Bumiputera Muslim. Walaubagaimanapun, kurang daripada 1% daripada komuniti nelayan yang memiliki bot berkapasiti tinggi adalah bumiputera Muslim di negeri Perak. Kesannya, komuniti nelayan Muslim ini tidak mampu memperkasakan ekonomi keluarga serta bersaing dalam industri perikanan di negeri Perak.

Statistik menunjukkan bahawa hanya 6% sahaja daripada komuniti nelayan di Malaysia yang mempunyai pendapatan serumah sebanyak RM1,000 – RM1,200. Manakala majoritinya iaitu 41% hanyalah memperoleh pendapatan sekitar RM500 dan 29% daripada mereka mempunyai pendapatan bawah RM400. Oleh itu jelaslah bahawa golongan nelayan ini terutamanya Bumiputera Muslim wajar diberikan bantuan untuk membolehkan mereka menjana pendapatan yang mampu menambah baik ekonomi mereka.

 

Penerangan

Wakaf bot diwujudkan bagi meningkatkan taraf kehidupan dan ekonomi golongan nelayan terutamanya nelayan pesisiran pantai. Dana WPAR akan digunakan bagi menyediakan bot dan kelengkapannya termasuk enjin, pukat dan sonar bagi membolehkan para nelayan menerokai kawasan laut yang lebih dalam seterusnya boleh meningkatkan hasil tangkapan.

Penerima manfaat bagi projek ini adalah nelayan pesisiran pantai. Dana WPAR akan digunakan untuk membeli bot beserta kelengkapan dan akan diserahkan kepada Persatuan/Koperasi Nelayan sebagai Pengurus Projek untuk dimanfaatkan kepada nelayan. Sebahagian hasil sewaan ini akan digunakan untuk penyelenggaraan bot berkenaan dan sebahagian lagi akan dijadikan dana modal pusingan untuk membina bot baru. Model wakaf bot ini akan memberi manfaat berterusan kepada golongan nelayan dan meningkatkan daya saing koperasi masyarakat Islam dengan penambahan pemilikan aset iaitu bot.

 

Info mengenai bot Waqaf Perak Ar-Ridzuan

  • Direka dan dibina oleh Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET).
  • Bot berkelas B
  • Mempunyai ukuran saiz 30 kaki panjang 8 kaki lebar;
  • Mempunyai enjin berkapasiti 115 kuasa kuda dan dan enjin kecemasan berkapasiti 40 kuasa kuda;
  • Dilengkapi dengan pukat, garmin, marine robot dan lain-lain; dan
  • Harga bot adalah RM160,876.20

 

Mekanisma/ Pengurusan Projek

  • Bot yang dibina akan didaftarkan sebagai asset wakaf Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk);
  • Bot yang telah siap akan diserahkan dan diurus oleh Persatuan Nelayan Manjung Selatan;
  • Persatuan Nelayan Manjung Selatan akan menyewakan bot kepada nelayan (tekong) yang merupakan ahli persatuan pada kadar yang rendah; dan
  • 50% hasil sewaan akan digunakan untuk penyelenggaraan bot dan 50% lagi akan dijadikan dana modal pusingan untuk membina bot wakaf yang baru.

 

Impak Projek

  • Nelayan mampu memperkasakan ekonomi keluarga serta bersaing dalam industri perikanan di negeri Perak;
  • Nelayan boleh menyewa bot pada kadar yang rendah berbanding kadar biasa;
  • Membantu nelayan untuk memperoleh hasil keuntungan pada kadar yang maksimum; dan
  • Memupuk umat Islam untuk berwakaf bagi membantu saudara seislam.

 

Ahli JMC

Pengerusi:

Dato’ Mohamed Rafique Merican Mohamed Wahiduddin Merican
CEO of Maybank Islamic

Ahli Jawatankuasa:

Dato’ Dr Amiruddin Mohamed
CEO of MAIPk

Puan Hajah Wan Maizura
Deputy CEO of MAIPk

En. Munawwaruzzaman Mahmud
Head of Shariah Management, Maybank Islamic

En. Mohd Idham
Head of Islamic Global Market, Maybank Islamic